Sebelum ini telah dilaporkan bahawa platfom servis persidangan video dari Google iaitu Google Meet merupakan servis panggilan video paling popular di Malaysia.

Ia amat popular kerana Google memberikan pengguna menggunakannya secara percuma serta kekal berada di platfom itu untuk tempoh 24jam.

Walaubagaimanapun, tempoh percuma menggunakan servis panggilan video berkumpulan di Google Meet sehingga 24 jam telah pun tamat pada 28 Jun 2021 lalu.

Jadi, ini yang anda perlu tahu tentang keperluan asas mengakses serta limitasi penggunaan servis Google Meet.

Untuk menggunakan servis Google Meet, anda memerlukan akaun Google. Kepada yang sudah sedia ada, anda boleh mengakses Google Meet dengan menggunakan akaun Google anda itu.

Tetapi bagi yang tiada, anda bolehlah mencipta akaun Google baru secara percuma.

Anda boleh mengakses Google Meet menerusi aplikasi mudah alih Google Meet atau aplikasi Gmail atau aplikasi pelayar dari komputer atau peranti pintar anda.

Aplikasi pelayar yang menyokong servis Google Meet termasuklah Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge dan Apple Safari.

Google juga menyenaraikan spesifkasi minimum sistem operasi dan perkakasan yang diperlukan bagi menggunakan servis Google Meet.

Berikut adalah keperluan minimum sistem operasi yang menyokong Google Meet:-

Sistem operasi komputer

  • Apple macOS
  • Microsoft Windows
  • Chrome OS
  • Ubuntu dan Debian-based Linux lain-lain

Sistem operasi peranti mudah alih

  • Android 5.0 dan terbaru
  • iOS 12.0 dan terbaru

Bagi menggunakan Google Meet melalui aplikasi Gmail di peranti mudah alih pula, sistem operasi minimum yang diperlukan adalah seperti berikut:-

  • Android 6 dan terbaru
  • iOS 12 dan terbaru

Berikut pula adalah keperluan minimum bagi mengakses Google Meet melalui komputer sepertimana yang dinyatakan Google:-

Selain itu, anda juga perlu membenarkan Google Meet mengakses perkakasan kamera dan mikrofon yang ada pada peranti anda.

Bagi pengguna akaun peribadi Google, anda boleh memuatkan sehingga 100 peserta dalam panggilan video Google Meet anda.

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, Google Meet kini tidak lagi membenarkan panggilan video berkumpulan sehingga 24 jam bagi pengguna  percuma yakni mereka yang menggunakan akaun peribadi Google bagi mengakses Google Meet.

Tetapi sekiranya anda membuat panggilan video perseorangan (One-on-one) , anda boleh terus berada di platfom itu sehingga 24 jam.

Hanya panggilan video berkumpulan 3 orang atau lebih peserta yang dihadkan kepada 60 minit sahaja.

Bagi memudahkan pengguna tahu had masa mereka berada di dalam Google Meet, notifikasi akan diberikan 5 minit sebelum sampainya had masa 60 minit panggilan video berkumpulan di Google Meet tamat.

Untuk info lebih lanjut tentang Google Meet, anda boleh layari laman Google Meet Help.

Baca juga: Servis Percuma Google Meet Akan Dihadkan Bermula Dari 28 Jun Ini