Petang tadi telah dilaporkan bahawa foodpanda sedang mengalami masalah dengan sistem pembayaran online mereka.

Tidak lama selepas berita itu dilaporkan, pihak foodpanda telah menghubungi Wiser.my dengan memaklumkan bahawa platfom tempahan makanan atas talian itu sedang mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan platfom tersebut tidak boleh diakses penggunanya.

Setakat berita ini ditulis, isu tersebut masih lagi belum selesai ditangani.

Walaubagaimanapun pihak foodpanda memaklumkan bahawa bahagian teknikal mereka sedang mengatasi masalah tersebut dengan secepat mungkin.

Berikutan itu, foodpanda memohon maaf di atas masalah yang berlaku kepada para pengguna platfom mereka.

Jika anda hadapi sebarang masalah dengan tempahan makanan anda dengan foodpanda, anda boleh menghubungi mereka menerusi [email protected]