Seorang wanita telah menghantar e-mel kepada Tim Cook iaitu CEO Apple dengan meminta sebuah komputer riba Macbook percuma sempena hari lahirnya yang ke-30.
Permintaan itu dibuat kerana namanya adalah Siri Hafso di mana ia sama seperti nama pembantu suara digital yang digunakan dalam peranti-peranti Apple iaitu Siri.
Siri Hafso mendedahkan permintaannya itu menerusi video TikTok nya yang menjadi viral.
Baca juga: Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6
@sirihaf Where all my Alexa and Cortanas at??? @apple @apple__blogs #siri #thirtyflirtyandthriving
Siri juga mendedahkan kandungan penuh e-mel nya yang dihantarkan kepada CEO Apple itu di laman Twitter.
Hi @Apple! I wrote a letter to your CEO. Can you spare a computer in return for years and YEARS of Siri jokes? #heysiri pic.twitter.com/NVuvszF2Kv
— Siri Hafso (@sirihaf) May 22, 2021
Siri adalah nama pembantu arahan suara digital yang terdapat di dalam peranti-peranti Apple seperti komputer Macintosh, HomePod, iPad dan iPhone.
Individu yang mula mencetuskan nama Siri adalah seorang warga Norway bernama Dag Kittalaus.
Pada awalnya, Siri dirancang untuk digunakan dalam peranti Blackberry dan Android. Tetapi segalanya berubah selepas Kittalaus dihubungi sendiri oleh Steve Jobs dan Apple membeli nama Siri itu pada harga USD200 juta pada April 2010.
Baca juga: Apple Didakwa Memperlahankan Prestasi iPhone Menerusi Kemas Kini 14.5.1