26 Julai merupakan tanggal yang sangat dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan hari Parlimen bersidang setelah berbulan-bulan lamanya tidak bersidang.

Persidangan itu boleh ditonton secara langsung oleh orang ramai menerusi RTM1 atau saluran YouTube Parlimen Malaysia.

Mahu turut serta, penulis membuka laman YouTube Parlimen Malaysia untuk menonton saluran langsung persidangan terbabit pada sebelah petang. Tepat jam 2.30 petang video mula dimainkan.

Tapi terdapat sedikit kejutan apabila video yang dimainkan itu bukan intro kepada persidangan itu tetapi dua kerat iklan YouTube. Kerana terpinga, penulis terus melihat ke bahagian komen. Ternyata orang lain juga turut dihidangkan iklan-iklan sebelum siaran langsung bermula.

Ini sekaligus mencetuskan pertanyaan. Adakah saluran YouTube ini bukan milik kerajaan dan dikendalikan oleh pihak ketiga? Dan kepada akaun Adsense siapakah wang iklan-iklan itu akan disalurkan?