Bahan paling mahal di dunia adalah sesuatu yang bernama antijirim (antimatter) dengan anggaran nilai lebih USD62 trilion (~RM274.60 trilion) untuk satu gram sahaja.
Nilai tersebut boleh dikatakan 3 kali ganda lebih besar daripada nilai GDP tertinggi dunia, USD23 trilion (~RM101.87 trilion) daripada AS.
Apa Itu Antijirim
Antijirim ini adalah sama seperti jirim yang biasa tetapi ia mempunyai cas elektrik yang berlawanan. Sebagai contoh, elektron yang bercas negatif mempunyai antijirimnya yang dikenali sebagai positron.
Positron adalah sebuah zarah atau antijirim yang mempunyai jisim (mass) yang sama dengan elektron tetapi bercas positif.
Antijirim ini sangat bernilai kerana mampu menghasilkan jumlah tenaga yang sangat besar apabila berlanggar dengan jirim.
Kenapa Antijirim Begitu Mahal?
Secara dasarnya, antijirim ini bukan bahan yang boleh dijumpai apabila kita mencari atau menggali tanah. Antijirim itu hanya boleh dihasilkan melalui mesin Large Hadron Collider (LHC) ini sahaja daripada CERN.
LHC adalah sebuah pemecut zarah yang paling berkuasa dan terbesar di dunia dengan diameter sepanjang 27km. Oleh itu, kos pembinaan mesin tersebut juga menyumbang kepada nilai bahan antijirim ini.
Mengikut sumber, mesin LHC juga mempunyai kos operasi yang sangat mahal. LHC memerlukan sekitar USD1 bilion (~RM4.43 bilion) setahun untuk beroperasi.
Tambahan lagi, kos elektrik tahunannya juga tidak masuk akal di mana ia memakan belanja sebanyak USD23.5 juta (~RM104.08 juta) setahun.
Hal ini demikian kerana pemecut zarah ini perlu memecut sesebuah zarah pada 99.99% kelajuan cahaya sebelum perlanggaran boleh berlaku untuk hasilkan antijirim.
{suggest}
1 Gram Antijirim Terlalu Lama Untuk Dihasilkan
Mengikut perkiraan dan anggaran saintis. 1 gram antijirim mengambil masa 100 bilion tahun (100,000,000,000) untuk dihasilkan.
Hal ini demikian kerana teknologi dunia ketika ini hanya mampu menghasilkan seperbilion gram antijirim setiap tahun.
Oleh itu, tidak mengejutkanlah sekiranya kos keseluruhan untuk hasilkan 1 gram antijirim ini menelan belanja lebih 60 trilion dollar.
Sumber: Unilad
Gambar utama: Space