Dalam usaha memulihkan ekonomi dan menyokong peniaga tempatan, Lazada akan menjalankan kempen ‘Shop Malaysia Online’ dan program ‘Go-eCommerce’.

Bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember, ini adalah kolaborasi bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Sepanjang kempen ini, pembeli ditawarkan baucar diskaun 50% apabila membeli belah barangan tempatan dengan penghantaran percuma setiap hari.

Selain itu, pembeli juga boleh mendapat pelbagai tawaran harian dari jenama tempatan, pulangan tunai melalui Coins, dan baucar 55% ‘Wallet Sundae’.

Disamping itu, program Go-eCommerce akan membantu peniaga baru meluaskan capaian pelanggan secara digital dengan latihan dan akses kepada rangkaian teknologi.

Peniaga juga akan diberikan pelbagai manfaat bernilai sehingga RM1,500 untuk membantu pernigaan atas talian. Jika berminat untuk mendaftar, tekan sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shop Malaysia Online, layari https://lzd.co/LazadaShopMalaysiaOnline.

Sumber: siaran akhbar Lazada

Baca juga – Jualan Mega HUAWEI 7.7 Tawar Hadiah Dan Diskaun Sehingga 90%

Baca juga – Kedai Rasmi Fujitsu Di Lazada Tawar Hadiah Percuma Sehingga RM1,428