Dalam sesi panel Program BFM Enterprise Breakaway 2023 yang bertemakan ‘Roaring into the Future’, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan dan ahli-ahli panel lain dari syarikat startups dan Ventures Capital telah membincangkan tentang kemasukan syarikat-syarikat teknologi besar ke Malaysia seperti Tesla, Amazon dan lain-lain.
Perbincangan tersebut merangkumi dasar, sasaran dan kemudahan yang akan disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan ekosistem teknologi di Malaysia. Namun, kemasukan syarikat-syarikat besar ini dijangka dapat memberi kesan yang positif kepada syarikat-syarikat startups tempatan untuk menjadi sebahagian daripada rantaian nilai syarikat global.
Sehubungan dengan itu, peluang pekerjaan di Malaysia akan berkembang dan masalah “brain drain” atau penghijrahan cendekiawan akan dapat diatasi.
{suggest}
Sumber: Mosti