Mengikut perancangan, pengguna Xiaomi akan menerima kemaskini utama MIUI 13 sekitar pertengahan tahun 2021.

Namun, terlebih dahulu satu kemaskini besar akan diterima iaitu MIUI 12.5 sebelum pengguna menerima versi MIUI 13.

Menurut eksekutif Xiaomi, ujian beta MIUI 12.5 akan dimulakan pada awal Januari manakala versi stabil pula akan dilepaskan pada Mac 2021 kelak.

Apa yang terbaharu dengan MIUI 12.5? Dikatakan MIUI 12.5 bakal membawakan antaramuka baharu dan juga animasi lebih dipertingkatkan.

Aspek sekuriti dan privasi juga bakal diperkuatkan memberikan pengalaman kepenggunaan peribadi lebih memuaskan.

Setakat ini tiada maklumat visual yang memperlihatkan bagaimana rupa MIUI 12.5, namun pengguna tidak perlu menunggu lama jika mahu mencuba ujian betanya pada awal Januari 2021 nanti.

Sumber: Mydrivers