Apple telah memperkenalkan kemaskini terbaru untuk aplikasi ‘Music’ mereka di platform Android. Kemaskini versi 2.0 ini memiliki rekaan antara-muka yang diberi nafas baru serta didakwa Apple lebih ‘jelas dan mudah’.
Antara penambahan untuk aplikasi ini adalah pengguna boleh memaparkan lirik lagu semasa bermain dan berupaya untuk memuat turun video untuk bermain secara offline. Kemaskini aplikasi ini juga menampilkan ciri cadangan lagu yang mungkin disukai pengguna mengikut citarasa musik yang didengari.
Versi terbaru aplikasi Apple Music ini boleh didapati sekarang di Play Store.