Selepas beberapa minggu berada dalam fasa pembangunan dan ujian, Samsung kini mula melepaskan kemaskini rasmi One UI 3.0 berasaskan Android 11 yang terbaharu.

Melalui One UI 3.0, ia membawakan rekaan antaramuka lebih segar serta lebih mudah untuk diubahsuai.

Antara ciri yang terbaharu adalah widget pada skrin kunci yang mempunyai akses pantas kepada fungsi asas dan maklumat seperti kawalan pemain muzik.

One UI 3.0 juga membolehkan anda menyusun pelbagai shortcut yang lebih sesuai dengan penggunaan anda. Terdapat juga profil berbeza untuk shortcut untuk situasi penggunaan tanpa mengubah-ubah shortcut sedia ada.

One UI 2.0 (Kiri), One UI 3.0 (Kanan)

Pengkhususan kesihatan digital kini diberikan keutamaan dengan mengenal pasti bagaimana anda menggunakan telefon pintar minggu ke minggu atau mengesan jika anda menggunakannya ketika memandu.

Kemaskini One UI 3.0 dengan Android 11 untuk telefon Samsung ini akan dimulakan dengan siri Galaxy S20 terlebih dahulu.