Seperti yang anda ketahui, fungsi Ray Tracing perlu bergantung pada Microsoft DirectX atau pun menggunakan kod khusus dalam kad grafik.

Kini, Nvidia telah melepaskan kemaskini Game Ready Driver mereka dimana ia membolehkan pembangun untuk memasukkan fungsi Ray Tracing dalam permainan pada mana-mana kad grafik.

Ini bermakna, anda boleh memainkan sebuah permainan yang mempunyai ciri Ray Tracing termasuk kad grafik AMD atau Intel Xe. Namun, bagi grafik Intel akan menerima sokongan ini pada tahun 2021.

Melalui ini juga, permainan pertama yang menerima sokongan ini adalah Quake II RTX yang mana ciri Ray Tracing permainan ini hanya disokong kad grafik Nvidia sahaja sebelum ini.

Walau bagaimanapun, ia tidaklah setanding seperti mana yang hadir pada kad grafik RTX kerana mempunyai perkakasan khusus dalam kad grafik tersebut tetapi dengan ini ia membuka ruang untuk lebih banyak pembangun untuk memasukkannya ke dalam permainan mereka nanti.