Xiaomi telah memperkenalkan versi terkini antaramuka MIUI 10 pada majlis pelancaran peranti Mi 8 pada bulan Mei yang lepas. Pelancaran peranti itu juga menandakan sambutan ulang tahun ke-lapan bagi syarikat berkenaan.
Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi termasuk Redmi Note 5 Pro dan Redmi 5A. Pada peringkat awal, versi beta bagi MIUI 10 ini telah diperkenalkan buat peranti Redmi Note 5, Redmi Note 5 Pro, Redmi S2, the Mi Mix 2 dan Mi Mix 2S.
Antara ciri dan fungsi terbaru yang tersedia buat antaramuka baru ini ialah ia akan memaksimakan penggunaan ruang paparan serta fungsi ‘tekan dan tahan’ pada ikon aplikasi untuk lebih pilihan tindakan. Selain itu, pengguna peranti Xiaomi juga boleh menggunakan lebih banyak gestures untuk kawalan peranti.
Pengguna peranti Xiaomi yang menyokong MIUI 10 dijangka boleh mula mendapatkan kemaskini ini pada akhir bulan ini. Untuk mengetahui sama ada peranti Xiaomi anda menyokong antaramuka terbaru MIUI ini atau tidak, anda boleh semak dalam senarai di bawah.
- Mi 4c
- Mi 4s
- Mi 5
- Mi 5c
- Mi 5s Plus
- Mi 5X
- Mi 6
- Mi 6X
- Mi 8
- Mi 8 SE
- Mi Max
- Mi Max 2
- Mi Max Prime
- Mi Mix
- Mi Mix 2
- Mi Mix 2S
- Mi Note 2
- Mi Note 3
- Redmi 4X
- Redmi 5
- Redmi 5A
- Redmi 5 Plus
- Redmi 5s
- Redmi Note 4X
- Redmi Note 5
- Redmi Note 5A
- Redmi Note 5A Prime
- Redmi S2/Y2