Google telah mendedahkan bahawa Chrome 80 akan menyekat iklan pop-up yang menjengkelkan secara default, bermakna anda boleh melayari dengan selamat tanpa iklan pop-up yang menjengkelkan setiap kali anda melawat laman sesawang baru.
Walaupun Chrome membenarkan pengguna untuk memilih menyekat iklan pop-up, namun sesetengah laman web akan didaftarkan secara automatik ke dalam ciri sekatan ini. Penerbit dan pembangun didesak untuk membaca amalan terbaik Google untuk mengelakkan iklan pop-up mereka disekat.
Google juga telah memberi amaran kepada laman sesawang yang menyalahgunakan notifikasi pop-up untuk menyampaikan iklan atau perisian hasad atau sesiapa yang menggunakannya untuk “tujuan menipu”. Butiran bagi penalti yang dikenakan akan diumumkan pada masa akan datang.
Chrome juga akan memperkenalkan Quiet UI, bertujuan untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa notifikasi pop-up telah disekat dan memberi pengguna pilihan untuk membuka sekatan tersebut.
Quiet UI yang akan diperkenalkan di Chrome 80 akan tersedia di kedua-dua platform desktop dan telefon serta kemaskini Chrome 80 dijangka akan dilepaskan pada 4 Februari ini.
Sumber: SearchEngine Journal