POCO F2 Pro telah menembusi pasaran tempatan pada 10 Jun lepas dengan spesifikasi dan harga yang berpatutan.

Terbaru, Xiaomi kini mula melepaskan kemas kini Android 11 secara global untuk POCO F2 Pro. Berdasarkan laporan, kemas kini Android 11 akan dilepaskan secara berperingkat.

Android 11 Poco F2 Pro

Changelog bagi kemas kini dengan versi MIUI V12.2.1.0.RJKMIXM adalah:

System

  • Stable MIUI based on Android 11

Camera

  • New: 3 new AI watermarks
  • New: New templates for vlogs
  • New: Vlog can be now saved as drafts
  • Optimization: New vlog templates and presets will be available for downloading from the cloud from now on

Selain yang disenaraikan, antara ciri baharu yang dimuatkan pada Android 11 termasuk Chat Bubble, Power Menu yang baharu, Internal Audio Recording, Smart Reply, serta ciri keselamatan dan kawalan media yang dipertingkatkan.

Kemas kini mula dilepaskan melalui OTA dengan muat turun bersaiz 2.8GB. Buat masa ini, hanya beberapa pengguna yang telah menerima kemas kini berkenaan dan semua pengguna POCO F2 Pro dijangka akan menerimanya pada Disember ini.

Sumber: GizmoChina