Microsoft telah pun melepaskan kemas kini kumulatif KB5001330 untuk pengguna versi Windows 10 20H2/2004 dan KB5001337 untuk pengguna Windows 10 1909 minggu lalu.

Walaubagaimanapun, sebahagian pengguna melaporkan mereka berdepan isu kualiti kadar bingkai (frame rate) berkurangan apabila mereka bermain permainan komputer.

“…. Since yesterday when I upgraded Windows, my performance in Warzone has gone from 90 fps on average to 75 fps, even drops below 60 fps (V-Sync off).” Adu seorang pengguna di laman Reddit.

Tidak setakat itu, pengguna turut melaporkan komputer mereka kerap restart dengan sendirinya sehingga berlaku isu yang tidak asing kepada sistem Windows iaitu Blue Screen of Death (BSOD).

Buat masa ini belum ada kemas kini terbaru bagi menyelesaikan isu-isu tersebut.

Tetapi sekiranya anda ada mengalami masalah yang sama seperti di atas, anda bolehlah membuang kemas kini tersebut dari komputer anda di bahagian Windows Update.

Settings – Windows Update – View Update History – Uninstall Updates.

Sumber: Toms Guide, PC Gamers