Pada awal Julai lalu, Microsoft telah pun melepaskan kemas kini kritikal bagi pelbagai versi sistem operasi Windows berikutan berlakunya kecacatan keselamatan yang dikenali sebagai “PrintNightmare” di mana ia akan membolehkan penggodam mengambil alih kawalan ke atas sistem komputer secara kawalan jauh.

Walaubagaimanapun, kemas kini tersebut gagal memperbetulkan isu keselamatan sistem Windows.

Selepas lebih sebulan isu itu masih belum diselesaikan, akhirnya Microsoft menawarkan kemas kini bagi menangani isu keselamatan itu menerusi kemas kini Windows 10 KB5005033.

Walaubagaimanapun tidak lama selepas ditawarkan, kini pengguna Windows 10 mengadu berlaku pula masalah prestasi ke atas komputer mereka khususnya apabila bermain permainan komputer selepas memasang kemas kini tersebut.

Tetapi ada juga pengguna yang mendakwa berlaku isu presati ketika memainkan video, sistem tergantung sepenuhnya, isu audio dan kegagalan sambungan rangkaian.

Setakat ini pihak Microsoft belum respon terhadap isu yang diadukan.

Jadi bagaimana pula dengan pengguna Windows 10 yang lain? Adakah komputer anda juga mengalami isu yang sama selepas mengemas kini sistem Windows 10 baru-baru ini?

Sumber: Beta News Microsoft

Baca juga: Microsoft Menyatakan Pengguna Windows Perlu Mematikan Ciri Windows Print Spooler Atau Anda Boleh Digodam