Menurut WABetaInfo, kemas kini akan datang bakal menawarkan fungsi “view once”. Ia adalah seperti Snapchat atau paling dekat dengan kita adalah Instagram.

Bermakna, apabila gambar atau video dihantar, ia membenarkan media tersebut dilihat sekali sahaja. Kemudian, ia tidak boleh dilihat kembali. Selain itu, pengguna juga boleh mengetahui sama ada gambar atau video itu sudah dibuka atau tidak.

Di Instagram ia telah wujud fungsi ini. Secara tidak langsung, ia turut tidak memakan ruang storan pengguna memandangkan WhatsApp bukan seperti Telegram yang menggunakan storan awan.

Fungsi ini dijangka akan tiba dalam masa terdekat untuk peranti Android, iOS dan Web.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga – Tak Lama Lagi, WhatsApp Akan Ada Ciri Baharu Ini

Baca juga – WhatsApp Sedang Bangunkan Ciri Baharu, Tapi Untuk Android Sahaja

Baca juga – Ubah Tetapan WhatsApp Ini Segera Bagi Mengelakkan Anda Menjadi Mangsa ‘Scam’