AMD telah melepaskan kemas kini Radeon Software Adrenalin 21.10.3, memberikan sokongan Day-0 dan optimasi untuk beberapa permainan seperti Doom Eternal, Riders Republic dan lain-lain.
Sejumlah penyelesaian pada beberapa isu sebelum ini dan penambahbaikan pada kestabilan. Antara isu yang diselesaikan adalah kehilangan CPU Tuning pada pengguna cip Ryzen 9 5950X.
Pengguna dengan kad grafik Radeon RX 6800 XT and Radeon RX 6900 XT akan nikmati peningkatan prestasi sehingga 21% dalam Marvel’s Guardians of the Galaxy pada 4K dengan tetapan ultra selain turut pengoptimuman prestasi pada Age of Empires IV yang akan dilancarkan 28 Oktober ini.
Sumber: Siaran Akhbar AMD
Baca juga: