PUBG Mobile secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan TESLA, sebuah jenama kereta elektrik yang terkenal dengan teknologi futuristik.

Kolaborasi ini akan menampilkan pelbagai elemen baru terutama yang berkait dengan Tesla. Tidak mustahil kita akan disaji skin kereta popular Tesla Model S atau Model X dalam kemas kini akan datang.

Menurut pengurus pemasaran PUBG Mobile Asia Tenggara, Jenny Zhuang berkata kerjasama ini akan membawa elemen dan semangat baru kepada permainan tersebut.

Sementara itu, sudah lebih 50 juta pemain sudah pra-daftar untuk PUBG Mobile 1.5: IGNITION yang akan dijalankan bulan ini.

Pemain yang membuat pra-daftar di sini boleh menebus pakaian kekal (permanent outfit) secara percuma sebaik PUBG Mobile 1.5 dilepaskan.

 

Sumber: siaran akhbar PUBG Mobile

Baca juga – Pendaftaran Call Of Duty: Mobile World Championship Sudah Dibuka

Baca juga – Senarai 18 Pasukan Yang Akan Berentap Dalam Liga Free Fire Malaysia Championship 2021