Sony telah mengumumkan kemas kini untuk PS5 yang baharu akan menerima penambahbaikan dalam sistem perisiannya.
Selain daripada itu, Sony juga mengumumkan bahawa ia kini sudah mula menyokong DualSense Edge wayarles.

DualSense Edge memerlukan kemas kini yang bersesuaian berbanding daripada DualSense yang biasa.
Ia hadir dengan pelbagai jenis ciri seperti trigger yang boleh diubahsuai dan stick modules yang boleh ditukar.
{suggest}
Jualan bagi alat kawalan ini mungkin ditujukan khas untuk pemain yang suka pergi ke tahap kompetitif yang seterusnya.
Bagi harga yang ditetapkan, DualSense Edge tiga kali ganda lebih mahal daripada DualSense.
Namun, untuk harga sebanyak RM999, jangka hayat bateri bagi DualSense Edge dikatakan lebih pendek berbanding dari yang biasa.
Alat kawalan ini disertakan dengan sarung yang boleh dibawa ke mana sahaja serta boleh dicas sewaktu ia masih lagi di dalamnya.
DualSense Edge akan dilancarkan secara global pada 26 Januari. Walau bagaimanapun, beberapa buah negara seperti AS, UK dan Jerman hanya akan tersedia di kedai PlayStation Direct di mana akan tersedia bermula 23 Februari.
Sumber: VGC
Gambar Utama: YouTube