Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kemas Kini Pilihan Windows 10 KB5010415 Perbetulkan 35 Pepijat

Posted on Februari 16, 2022

Microsoft pada awal hari ini telah menawarkan kemas kini terbaru kepada pengguna Windows 10 menerusi kemas kini pilihan KB5010415 Preview cumulative update.

Kemas kini itu ditawarkan untuk pengguna Windows 10 versi 20H2, Windows 10 21H1 dan Windows 10 21H2.

Microsoft menyatakan, KB5010415 memperbetulkan sebanyak 35 pepijat sebelum ini yang menimbulkan pelbagai isu seperti terhadap pelayar Microsoft Edge, mesin pencetak, isu kebocoran memori dan lain-lain .

Kredit: Bleeping Computer

Selain memperbetulkan pepijat, kandungan kemas kini ini juga perkenalkan ciri baru yang membolehkan kuki dikongsikan antara mod pelayar Internet Explorer Microsoft Edge dan Microsoft Edge.

Anda boleh menyemak untuk mendapatkan kemas kini Windows 10 KB5010415 ini terus dari komputer anda di bahagian Settings > Update & Security > Windows Update > Optional updates.

Sumber: Microsoft

Baca juga:

  • Microsoft Beri Amaran Jika Anda Menggunakan Windows 11 Pada Komputer Yang Tidak Disokong
  • Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya
  • Penguna Mendakwa Kemas Kini Windows 11 Untuk Bulan Februari Buat “Hal”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress