Pada kemas kini iOS yang terbaru nanti iaitu iOS 17.2, Apple telah membuat penambahbaikan pada papan kekunci maya mereka bagi peranti iPhone dan iPad.
Syarikat itu kini telah menggunakan teknologi kecerdasan buatan LLM untuk menaik taraf auto-pembetulan dan menyediakan ramalan teks sebaris yang boleh dimatikan dengan togolnya sendiri tanpa mematikan teks ramalan sekali.
Bagi pengetahuan anda, teks ramalan atau prediction text merupakan cadangan perkataan yang dipaparkan di atas papan kekunci maya anda ketika anda tengah menaip sesuatu perkataan itu.
Namun, tindakan Apple untuk menambah ciri baharu iaitu ramalan teks sebaris atau inline text prediction pada kemas kini iOS 17 menimbulkan rasa tak selesa dan mengganggu pengguna ketika menaip.
Tambahan lagi, togol terbaru ini hanya boleh didapati dalam tetapan papan kekunci maya iPhone 12 dan ke atas sahaja selepas kemas kini iOS 17.2 dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, Apple dijangka akan mengeluarkan kemas kini terbaru ini untuk kegunaan umum pada akhir tahun ini dengan pembaharuan yang lain juga selain yang di atas.
{suggest}
Sumber: 9to5Mac