Selain iOS 16, Apple turut melepaskan kemas kini iOS 15.7, di mana ia ditujukan bagi model iPhone yang tidak dapat menaik taraf kepada iOS 16.
{suggest}
Menurut Apple, iOS 15.7 menyediakan kemas kini bagi tampalan keselamatan yang penting dan adalah disarankan untuk semua pengguna terutamanya bagi model iPhone yang tidak dapat menaik taraf ke iOS 16 seperti iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7 Plus, iPhone 7 dan iPhone SE (2016).
Selain itu, pengguna bagi model iPhone 8 dan terkini juga boleh memilih untuk mengemas kini iOS 15.7, jika belum mahu untuk melakukan kemas kini iOS 16. Seperti biasa, kemas kini iOS 15.7 boleh dilakukan melalui Setting > General > Software Update > Download and Install.