Selepas 2 minggu iOS 14.6 ditawarkan kepada pengguna iPhone, kini terdapat laporan mendakwa versi iOS tersebut menyebabkan bateri peranti itu cepat habis dari biasa.

Ramai pengguna iPhone mengadukan isu bateri peranti mereka cepat habis selepas mengemas kini kepada iOS 14.6 di laman rasmi forum sokongan Apple sejak seminggu lepas.

Baca juga: Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6

Walaupun ada yang berpendapat isu ini hanya berlaku pada model iPhone terdahulu, tetapi isu bateri iPhone kali ini berlaku pada semua model iPhone termasuklah yang terbaru.

Sehingga kini Apple belum respon terhadap aduan-aduan daripada pengguna iPhone.

Jadi bagaimana pula dengan pengguna iPhone yang lain? Adakah anda juga alami isu bateri selepas mengemas kini kepada iOS 14.6?

Sumber: Apple Insider

Baca juga: Apple Didakwa Memperlahankan Prestasi iPhone Menerusi Kemas Kini 14.5.1