Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kemas Kini Baharu AirTag Bendung Berlakunya Pengintipan

Posted on Februari 11, 2022

Sebelum ini, kami ada melaporkan berkenaan penjualan AirTag yang telah diubah suai. Pengintipan boleh berlaku dengan mudah kerana AirTag ini tidak lagi mengeluarkan bunyi apabila ia berada jauh daripada pemilik asal.

Apple sedar akan masalah ini dan mereka telah mengambil tindakan dengan mengemas kini AirTag sebagai langkah membendung masalah ini daripada terus menular.

Pengguna baharu AirTag selepas ini akan diberikan amaran privasi untuk menggunakan AirTag sebagai penjejak barang peribadi dan bukan tujuan mengintip orang lain. Jika pengguna didapati melanggar amaran ini, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

Apple telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penjenayah yang mengeksploitasi kemudahan ini dihadapkan kemuka pengadilan. Setiap AirTag mempunyai nombor siri unik dan ianya berpautan dengan Apple ID. Dari situlah maklumat pemilik AirTag dikongsikan kepada pihak berkuasa.

Apple juga sedang merancang beberapa ciri-ciri kemas kini akan datang untuk AirTag seperti pencarian AirTag asing yang lebih tepat, memaparkan amaran beserta bunyi, amaran awal jika dijejak dan pelarasan bunyi AirTag. Ciri-ciri ini mungkin akan diperkenalkan dalam tahun ini juga.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kemas kini ini, anda boleh klik sini.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Pengguna iPhone Perlu Segera Kemas Kini iOS 15.3.1
  • Mudah Didapati Dalam Talian, AirTag Ubah Suai Dijual Untuk Intip Individu
  • Apple Dijangka Bersedia Tawar iPad Dengan Panel OLED

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress