Peminat permainan video popular, Dota 2 pasti ternanti-nanti kejohanan The International 10 (TI10) yang tertangguh semenjak pandemik melanda tahun lalu.

Hari ini, menerusi kemas kini musim panas terbarunya, Dota mengumumkan kejohanan TI10 akan diadakan di Stockholm, Sweden.

gambar oleh Twitter wykrhm

Mengikuti perjalanan kejohanan ini, sebanyak empat pasukan daripada 18 yang akan bertanding sudah dijemput menerusi pertandingan-pertandingan Major yang berlangsung sepanjang Dota Pro Circuit 2021.

Baca juga – ‘OG.Ana’ Kembali Lagi Ke Arena Profesional

Untuk pengetahuan, sebanyak 12 pasukan akan dijemput untuk menyertai kejohanan TI menerusi kedudukan teratas. Enam lagi pasukan perlu menjalani Regional Qualifier.

Pertandingan WePlay AniMajor yang akan berlangsung 2 Jun hingga 13 Jun ini akan menentukan baki lapan pasukan teratas yang akan dijemput.

Pasukan lain yang tidak dijemput perlu bertanding dalam pusingan kelayakan  bermula 23 Jun hingga 10 Julai mengikut wilayah masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai pusingan kelayakan akan diberitahu sebaik pertandingan WePlay AniMajor berakhir. Yang pastinya, acara utama The International akan kembali berlangsung pada 10-15 Ogos ini.

Baca juga – Pembikinan Siri Anime Dota 2 Musim Kedua Sudah Bermula

Sumber: dota 2