Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kedai komputer, telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan beroperasi yang berkuat kuasa Jumaat, 16 Julai 2021.
Beliau berkata pandemik COVID-19 telah mengubah cara terutama sektor pendidikan yang mana lebih banyak dilakukan secara dalam talian atau PdPR. Dengan ini, pelajar serta golongan pendidik boleh menarik nafas lega kerana sekian lama menantikan perkara ini.
Malah, orang ramai juga selepas ini lebih mudah untuk ke kedai komputer atau telekomunikasi untuk membuat urusan penting sekiranya terdapat masalah berkaitan peranti dan sebagainya.
Sumber: bernama
Baca juga – Astro Tawar Saluran Percuma Ini Sehingga 31 Julai
Baca juga – Data Internet Percuma 1GB Dilanjutkan Lagi
Baca juga – Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR