Untuk meraikan kedai jenama pengguna yang baru dilancarkan, Fujitsu menawarkan baucar dan hadiah percuma kepada pelanggannya di Lazada.

Antara peranti menarik yang ditawarkan adalah siri komputer riba ultra-nipis Fujitsu CH dan Fujitsu UH-X yang mempunyai prestasi hebat.

Menariknya, setiap pembelian peranti-peranti tersebut sepanjang tempoh promosi diberi pilihan hadiah percuma seperti ini:

  • Microsoft Office Home and Student 2019 (RM529) dan tablet M10 (RM725) ATAU
  • Monitor Type-C Lenovo berukuran 27-inci (RM899)

Tambahan lagi, pelanggan juga boleh menebus baucar diskaun sehingga RM300 dan pelbagai hadiah lain dalam pembelian seterusnya.

Layari https://www.lazada.com.my/shop/fujitsu-brand-store sekarang sebelum promosi berakhir pada 7 Julai 2021.

Sumber: siaran akhbar Fujitsu

Baca juga – OPPO Reno5 F MK K-Clique Edisi Terhad Akan Dijual Bermula 1 Julai

Baca juga – Barisan TV OLED LG 4K Dan 8K Akan Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Kalau nak beli laptop Fujitsu boleh singgah kedai rasmi di Lazada:
https://invol.co/cl4qaik