MSI sedia mempunyai sejumlah kedai konsep terbaru, mereka menyatakan salah satu daripadanya bakal dipindahkan ke lokasi baharu.

Menurut MSI melalui hantaran e-emel kepada kami, kedai konsep yang terletak di Bukit Bintang akan beroperasi sehingga 15 Jun depan.

Walaupun begitu, MSI Malaysia masih belum mengumumkan lagi lokasi baharu tetapi ia dijadualkan dibuka sekitar separuh kedua tahun ini.

Kedai konsep MSI di Bukit Bintang sudah berusia hampir empat tahun selepas pertama kali dibuka sejak 2017 yang lalu. Fungsinya bukan sekadar ‘kedai’ sahaja dimana turut menempatkan bahagian untuk peminat mencuba setiap produk yang ditawarkan.

Ia juga merupakan tempat berlangsungnya, kejohanan-kejohanan e-Sukan dalam negara sebelum ini.

Sumber: Siaran akhbar MSI Malaysia