Berdasarkan kepada laporan Frontier Communication tentang pandangan ibu bapa terhadap impak permainan video kepada anak-anak mereka, sebahagian besar ibu bapa iaitu sebanyak 62.9% berpendapat permainan video memberikan impak yang positif terhdap anak-anak mereka.

22.6% Ibu bapa pula memberi respon neutral dan hanya 14.6% ibu bapa sahaja merasakan permainan video memberi kesan negatif terhadap anak-anak mereka.

Dapatan itu adalah hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Frontier Communication ke atas 1002 ibu bapa di mana data dikutip dengan menggunakan Amazon MTurk.

Ibu bapa juga berpendat, permainan video melatih anak-anak mereka berfikiran logik, kreatif dan menggembirakan mereka.

Namun pada masa yang sama turut berpendapat permainan video sebagai satu ketagihan, merosakkan mata, membuang masa dan menambah berat badan anak-anak mereka.

Juga kandungan-kandungan seperti elemen seksual, dadah dan alkohol, darah serta keganasan yang ada di dalam sesebuah permainan video adalah antara perkara yang dibimbangkan ibu bapa akan memberi kesan negatif terhadap anak-anak.

Selain itu kaji selidik itu juga mendapati secara purata sejak bermulanya pandemik, ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain permainan video selama 3.1 jam dalam sehari.

Berbeza berbanding sebelum pandemik iaitu hanya 2.2 jam sahaja sehari.

Sumber: Frontier Communication