Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari telah mengeluarkan notis Penamatan Amaran Hujan Berterusan (tahap Waspada) untuk 6 buah negeri.
MET Malaysia hari ini menerusi kenyataan rasmi media mereka memaklumkan, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan pada 5:30 petang, 3 Disember 2022 untuk kawasan-kawasan berkenaan telah ditamatkan.
Kawasan-kawasan tersebut meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan dan Terengganu.
{suggest}
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Atau juga boleh dibuat melalui Talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Sumber: met.gov.my