Kawasaki di Pameran Motosikal dan Aksesori Antarabangsa 2023 (EICMA) menayangkan motosikal terbaru mereka iaitu Z7 Hybrid.
Kawasaki menyatakan, ia adalah motosikal hibrid pertama di dunia yang menawarkan penunggang beberapa pengalaman menunggang baharu, pakej bersaiz sederhana dengan pecutan segera seperti model supersport kelas 1,000cc tetapi memberikan penjimatan bahan api setanding dengan motosikal dalam kelas 250cc.
Z7 Hybrid dilengkapi enjin 451cc baharu disesuaikan untuk menawarkan sama ada gear automatik sepenuhnya atau boleh dipilih secara manual manakala motor EV (dengan penyejukkan cecair) yang terletak di belakang silinder berkembar motor ICE.

Oleh kerana bateri tidak perlu dicas dengan kerap—ia dicas semasa menunggang, membolehkan penunggang menumpukan perhatian pada tunggangan sepenuhnya.

Z7 Hybrid dijangka akan dijual pada musim bunga 2024 nanti.
{suggest}