Kaspersky, sebagai syarikat yang menawarkan produk seperti perisian anti-virus kini turut mengumumkan mereka akan mula menceburi bidang telefon pintar pula.

Namun, strategi mereka sedikit berbeza kerana objektifnya adalah untuk membina sebuah telefon pintar kalis godam.

Menurut Kaspersky, telefon kalis godam ini akan digunakan untuk memproses maklumat sulit dan rahsia bagi pengguna keusahawaan dan juga apabila mengendalikan infrastruktur.

Telefon ini juga akan mempunyai sistem perisian tersendiri Kaspersky OS yang sangat sulit dan tiada servis seperti dari Google atau Apple.

Apabila ditanyakan apakah penawaran telefon itu dari segi perisian, Kaspersky menjawab ia masih lagi menawarkan ciri asas seperti membuat panggilan dan menghantar mesej, pelayar, kalkulator, jam penggera, dan lain-lain.

Mereka juga belum lagi memutuskan untuk mewujudkan satu ekosistem gudang aplikasi baharu namun sepertinya ia perlu difikirkan disebabkan mereka mahu membina satu persekitaran kendiri tanpa bergantung dengan orang lain.

Tambahan lagi, Kaspersky turut menyatakan sebuah pengilang dari China bersetuju untuk menghasilkan telefon ini. Ia dijangka akan mula dilancarkan pada hujung tahun hadapan.

Sumber: Sputniknews