Yara Birkeland merupakan sebuah kapal kargo elektrik tanpa kelasi atau tanpa kru kapal pertama di dunia bakal membuat pelayaran automatik menjelang hujung tahun ini.

Pelayaran dari Herøya ke Brevik, Norway ini dilakukan tanpa sebarang kelasi kapal tetapi ia dipantau dari tiga pusat kawalan data di darat.

Kapal kargo ini mempunyai 13-knot kelajuan berbanding kapal kargo biasa (16-25-knot) dan ia dilengkapi bateri sebesar 7MWh. Sepatutnya kapal ini memulakan pelayaran tahun lalu tetapi disebabkan pandemik, ia ditangguhkan.

Buat makluman, konsep kapal Yara mula wujud pada tahun 2017 yang mana ia mampu membawa 103 kontena. Selain mengurangkan kos operasi, ia juga dibangunkan untuk menggantikan 40000 lori yang membawa kontena setiap tahun yang secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan karbon dikosida dan nitrogen oksida.

Di samping itu, kapal tersebut itu turut mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana kurangnya lori di atas jalan raya. Malah, risiko kemalangan kru kapal sewaktu berlayar juga tiada.

Sumber: cnn

Baca juga: