Khabar berita akan penawaran kandungan permainan (game) dalam Netflix bermula beberapa bulan yang lalu. Kini, mereka secara rasminya mengumumkan dua permainan Stranger Things.

Melaluinya, dua permainan tersebut adalah Stranger Things: 1984 dan Stranger Things 3. Akan tetapi ia khusus buat pengguna Android dan terhad di negara Poland terlebih dahulu.

Untuk memainkannya, pengguna boleh klik pada judul permain itu dan tekan ‘install’. Ia kemudian boleh dimuat turun menerusi Google Play Store.

Pengguna juga boleh memuat turun secara terus dari Google Play Store tetapi perlu log masuk menggunakan akaun Netflix sebelum memasangnya. Selain itu, permainan ini hanya boleh dimain apabila dimuat turun. Maknanya, bukan secara awan (cloud gaming).

Tambahan lagi, penawaran Netflix Games mirip Apple Arcade yang mana tiada iklan atau pembelian dalam aplikasi (in-app purchases). Ini baru sahaja permulaan dan mungkin akan diperluaskan kelak. Dijangka ia dilancarkan secara rasmi menjelang tahun 2022.

Sumber: The Verge

Baca juga: