Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

“Kami Secara Rasmi Memberikan Hari Isnin Sebagai Rekod Hari Terburuk Dalam Seminggu” – Rekod Dunia Guinness

Posted on Oktober 21, 2022Oktober 21, 2022

Rekod Dunia Guinness beberapa hari lalu memaklumkan bahawa mereka telah mengisytiharkan bahawa hari Isnin sebagai rekod hari terburuk dalam seminggu.

Perkara itu dinyatakan menerusi akaun Twitter rasmi mereka.

we're officially giving monday the record of the worst day of the week

— Guinness World Records (@GWR) October 17, 2022

Kenyataan itu tidak perlu menunggu lama untuk mewujudkan perdebatan dikalangan pengguna  Twitter di mana ada yang setuju dan tidak setuju dengan kenyataan itu.

Sebahagian yang bersetuju menyatakan pihak  Guinness mengambil masa yang terlalu lama untuk mengisytiharkannya.

{suggest}

Setakat ini, ciapan itu sudah diulang ciap lebih daripada 83,500 kali dan 456,000 menyukai ciapan tersebut.

Ciapan ini mungkin sekadar gurauan oleh pihak Guinness kerana kenyataan itu tidak dinyatakan secara rasmi dalam laman sesawang mereka sepertimana yang biasa mereka lakukan apabila merekodkan rekod dunia.

Sumber: freepressjournal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress