Pihak DxOMark kini telah selesai menguji kamera Xiaomi Mi 10T Pro, iaitu sebuah telefon mercu mampu milik dan memperoleh skor 118.

Dengan skor 118, ia berada pada tangga ke-23 carta dan setaraf dengan skor OnePlus 8 Pro. Antara pesaing lain yang popular adalah iPhone 11 dengan skor 119, Google Pixel 5 pada 120, dan juga Samsung Galaxy S20+ Exynos juga dengan 118.

XIaomi Mi 10T Pro hadir dengan sistem kamera 3 lensa 108MP utama, 13MP sudut lebar, dan 5MP makro.

Menurut DxOMark, kekuatan kamera Mi 10T Pro terletak pada julat dinamik yang cemerlang, pewarnaan baik, video dengan perincian tinggi dan juga penstabilan video yang efektif.

Namun begitu, terdapat kelemahan utama seperti julat dinamik terhad pada penggambaran kurang cahaya, butiran lemah pada gambar sudut lebar, dan juga autofokus kurang baik ketika kurang cahaya.

Sumber: DxOMark