iPhone 11 Pro Max jatuh ke tangga 12.
Pihak DXOMark telah mengeluarkan keputusan prestasi bagi telefon pintar flagship Android terbaru dari OnePlus iaitu OnePlus 8 Pro.
Hasil dari ujian mereka, DXOMark memberikan skor pada kamera OnePlus 8 Pro sebanyak 119 markah.
Ia sekaligus meletakkan kedudukan prestasi kamera peranti itu di tangga ke-10 ketika ini yang turut mengatasi prestasi kamera telefon pintar Samsung Galaxy S20+ dan Apple iPhone 11 Pro Max.
DXOMark menyimpulkan kamera OnePlus 8 Pro adalah baik dari segi perincian imej, pantas dan memberikan warna yang tepat.
“…the primary camera is particularly good, thanks to excellent exposure and color, high detail, and well-controlled noise.” DXOMark.
Keputusan baru ini juga sekaligus meletakkan GalaxyS20 dan iPhone 11 Pro Max masing-masing jatuh satu anak tangga dari kedudukan sebelum ini.
OnePlus 8 Pro sudah mula berada di pasaran Malaysia sejak bulan April lalu menerusi 2 varian iaitu 8GB/128GB yang berharga RM3,699. Manakala varian 12GB/256GB pula dijual pada harga RM 4,099.