Setiap beberapa bulan Google akan mengemas kini ciri telefon pintar mereka melalui Pixel Feature Drop untuk tingkatkan pengalaman penggunaan.

Menjelang Pixel Feature Drop bulan Jun ini, 9to5Google menjangkakan ciri astrophotography dalam kamera telefon Pixel berkemungkinan mendapat penambahbaikan.

gambar dari gsmarena

Menerusi kemas kini terbaru aplikasi Pixel Tips, Dylan Roussel menjumpai kod “CameraAstrotimelapseSettingController”¬†yang berkait dengan Google Camera.

Ya. Berdasarkan kod tersebut kita boleh lihat ada perkataan “Astrotimelapse” yang mencadangkan kamera Pixel berkebolehan merakam video timelapse ketika menggunakan ciri astrophotography.

Menariknya, kombinasi ciri astrophotography dan timelapse ini berpotensi merakam pergerakan bintang atau bima sakti di langit pada waktu malam.

Kalau benar ciri ini hadir pada aplikasi Google Camera versi 8.2.3 akan datang, pasti ramai peminat fotografi teruja untuk mencubanya.

Kongsikan pendapat anda mengenai ciri terbaru “Astrotimelapse” di ruangan komen media sosial Wiser.

Sumber: 9to5Google

Foto utama: android police