Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla

“Kalut Sangat Dengan Twitter Sampai Tinggal Tesla” – Pelabur Ke-3 Terbesar Tesla Tak Puas Hati Dengan Elon Musk

Posted on Disember 19, 2022

Koguan Lee, individu yang memegang jumlah saham ke-3 terbesar dalam Tesla sudah bersuara berkenaan Elon Musk yang sekarang banyak menghabiskan masa di syarikat baru dimiliknya, Twitter.

Katanya, Elon mengabaikan Tesla dan kini syarikat kenderaan elektrik itu tidak mempunyai CEO yang ‘function’.

Why tell me why?

Tesla matters. Elon is a mere hired hands. He is our employee

Tesla is 19 year old, ranked 4th with 2.4% allocation in S&P, not a baby and soon be the biggest

Elon was the proud father, Tesla has grown up

An executioner, Tim Cook-like is needed, not Elon https://t.co/2qPQz8cAWZ

— KoGuan Leo (@KoguanLeo) December 14, 2022

Beliau juga menuntut agar Tesla mempunyai CEO yang bekerja sepenuh masa.

Selain itu, Koguan turut berkongsi pendapat bahawa syarikat itu memerlukan figura seperti Tim Cook wujud di Tesla, bukan Elon.

Mungkin ramai juga sudah tahu bahawa Apple semakin ‘kaya’ sejak Tim Cook mengambil alih walaupun jenama itu dikatakan sudah tidak lagi berinovasi dalam produknya.

Elon abandoned Tesla and Tesla has no working CEO

Tesla needs and deserves to have working full time CEO

What Tesla BOD should do, do nothing? Elon will find his own successor under BOD independent supervision https://t.co/AJSvij9ncP

— KoGuan Leo (@KoguanLeo) December 14, 2022

Secara tidak langsung, dia juga meminta Elon Musk untuk letak jawatan dan memberi laluan pada individu lain yang lebih layak untuk menaikkan semula Tesla.

Sebenarnya, bukan hanya KoGuan tapi juga pelabur-pelabur lain juga berkongsi pendapat yang sama yang kecewa dengan Musk yang banyak menumpukan terhadap Twitter berbanding Tesla.

Ogos lalu, KoGuan memiliki saham bernilai sekitar $3.4 bilion dalam Tesla, di belakang Musk dan Larry Ellison iaitu pengasas Oracle.

Sumber: KoGuan Leo,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress