Isu spam dalam kalendar iPhone bukan satu perkara baharu dan kini, terdapat sebahagian pengguna masih menerima masalah tersebut. Ini amat menjengkelkan kerana kalendar akan dipenuhi dengan benda-benda pelik.

Oleh itu, sekiranya anda menghadapi masalah itu, ini adalah cara bagaimana untuk memadam spam tersebut.

Cara pertama seperti yang disarankan Apple sendiri adalah buka aplikasi kalendar, kemudian klik spam event tersebut dan klik “unsubscribe”.

Cara kedua adalah, buka settings dan pilih calendar. Seterusnya klik pada accounts.

Setelah itu, klik subscribed calendars dan pilih mana-mana langganan kalendar yang tidak diingini. Kemudian delete account“.

Selesai, maka tiada lagi spam yang memenuhi aplikasi kalendar anda. Sedikit peringatan kepada pengguna, JANGAN sesekali klik “allow” atau “yes” dari mana-mana pop-out yang pelik-pelik ketika melayari internet.

Jika tidak, bukan sahaja spam tetapi anda juga akan terdedah kepada perisian hasad atau phishing.

Baca juga – Cara Log Keluar Akaun Google Pada Peranti Pintar Yang Dicuri

Baca juga – Cara Menukar Bunyi Notifikasi Di Peranti Android

Baca juga – Ini Cara Beli Produk Apple Dengan Harga Pelajar, Murah Dan Berbaloi