Seorang YouTuber telah membocorkan lukisan skematik 3D yang dipercayai untuk model iPhone 13.

Jon Prosser menerusi saluran YouTube nya FrontPageTech berkata, rekaan iPhone 13 adalah sedikit tebal kerana akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar.

Selain itu, rekaan takuk iPhone 13 juga didakwa adalah sedikit kecil berbanding model yang ada ketika ini.

Juga beliau mendakwa rekaan kamera utama iPhone 13 akan mengalami sedikit perubahan.

Baca juga: Mungkin Ini Kapasiti Bateri iPhone 13, Lebih Besar

Semua dakwaan beliau itu selari dengan khabar angin iPhone 13 yang sedang rancak diperkatakan.

Menjadikan lebih menarik, Prosser juga berkongsikan fail lukisan skematik 3D CAD iPhone 13 yang boleh dimuat turun oleh penontonnya.

Jadi kepada yang tak sabar nak pegang iPhone 13, bolehlah muat turun fail CAD tersebut dan cetaknya dengan menggunakan mesin pencetak 3D.

Sumber: MacRumors

Baca juga: Sabar, Batalkan Dulu Hajat Beli iPhone 12 Tu