Permainan video The Witcher 3 versi PlayStation 5 telah melepasi God of War: Ragnarok sebagai game kedua tertinggi platform tersebut di belakang Elden Ring.
Berdasarkan skor Metacritic, The Witcher mencatatkan skor 96 selepas seri buat sementara waktu dengan Elden Ring 97. Manakala, GoW: Ragnarok pula berada pada skor 94 dalam Metacritic.
Pembangun The Witcher 3, CD Projekt RED berasa bangga dengan versi PS5 game ini walaupun telah berusia lebih 7 tahun sejak dilancarkan.
{suggest}
The Witcher 3 ini menampilkan pelbagai ciri-ciri permainan video moden seperti 4K, 60 fps dan lain-lain. Erti kata lain, The Witcher 3 versi generasi baharu ini memberikan pemain memori game legenda dan nostalgia tetapi dalam grafik yang lebih maju dan lancar.
Sumber: Playstation Life Style