Berdasarkan kajian University of Wisconsin-Madison dan University of British Columbia, storan jenis SSD memberikan impak alam sekitar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding HDD.
Disebabkan SSD mempunyai proses pembuatan yang lebih rumit, storan itu menghasilkan lebih banyak jejak karbon lebihan berbanding HDD.
{suggest}
Storage Embodied Factor (SEF) adalah satu bentuk pengukuran akan kadar pelepasan gas karbon dioksida, CO2 relatif kepada saiz dan kapasiti sesebuah storan.
Secara purata, SSD mempunyai kadar SEF sebanyak 0.16 tetapi HDD pula mempunyai kadar SEF yang lebih rendah, 0.02. Lebih rendah kadar SEF, lebih rendah impak alam sekitarnya.
Dalam kajian yang lebih lanjut, ia mengulaskan 1TB HDD melepaskan 99kg hingga 199kg gas CO2 berbanding 1TB SSD yang melepaskan 184kg hingga 369kg (dalam tempoh 5 ke 10 tahun).
Walaupun begitu, ia adalah satu proses yang sangat sukar rumit dan kompleks untuk mengukur impak alam sekitar sesebuah komponen elektronik.
Hal ini demikian, kita perlu mengambil kira apa yang berlaku sepanjang proses pembuatan tersebut. Contoh, kita perlu mengira jejak karbon dalam proses pengekstrakan bahan, proses logistik storan itu daripada kilang hinggalah sampai ke tangan anda, jejak karbon daripada aktiviti pekerja dan lain-lain.
Secara amnya, kita boleh cakap yang pengguna mempunyai banyak kelebihan dalam pelaburan ke atas SSD berbanding HDD dalam perspektif produktiviti dan penggunaan.
Isu alam sekitar ini sepatutnya dimbil kira oleh pengilang dan pembuat storan SSD dan HDD di luar sana berbanding kita sebagai pengguna sahaja.
Namun, kita boleh memainkan peranan masing-masing dengan melupuskan komponen SDD dan HDD yang tidak digunakan melalui saluran yang betul.
Sumber: Tom’s Hardware
Gambar utama: wallpaperaccess