Sekiranya anda sudah menerima satu atau lengkap dua dos vaksin, pasti anda akan mempunyai satu kad yang diperoleh dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ia merupakan kad peringatan vaksin (VRC).

Menurut Pharmaniaga, mana-mana individu termasuk penerima vaksin Sinovac yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh menggunakan kad peringatan vaksin (VRC) tersebut untuk sementara waktu sebagai bukti yang anda telah lengkap dos vaksin.

Ia juga selari dengan kenyataan oleh JKJAV yang menyatakan VRC boleh dijadikan bukti status vaksinasi penerima. Bagaimanapun, kegunaan tersebut bersifat sementara sehinggalah sijil digital daripada aplikasi MySejahtera di profil pengguna telah dikemaskini.

Oleh yang demikian, jika ada individu yang tidak memiliki telefon pintar atau mempunyai masalah teknikal atau tinggal di kawasan terpencil, pastikan VRC itu masih bersama anda dengan baik kerana ia amatlah penting.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: