Imbas kembali, YES sebelum ini telah memperkenalkan pelan pascabayar dan prabayar Kasi Up. Untuk pelan prabayar tersebut, ia menawarkan kuota 10GB dengan harga langganan RM15 sebulan.

Terbaru, melalui promosi di Shopee, YES kini menawarkan harga hanya RM1 untuk pembelian kad SIM prabayar tersebut. Tambah menarik, kos penghantaran adalah percuma menjadikan anda hanya memerlukan RM1 sahaja untuk memiliki kad SIM ini.

Melalui kad SIM pascabayar ini, sejumlah kuota data diberikan adalah 10GB LTE dan aktif selama 30 hari selepas pengaktifan kad SIM. Jika membuat panggilan dan SMS pula, anda akan dicaj sebanyak 9 sen/min untuk rangkaian lain.

Internet asas diberikan percuma selagi akaun SIM anda masih lagi aktif.

Menerusi deskripsi kad SIM ini di Shopee, pembelian RM1 tersebut hanya untuk pembelian pertama pengguna dan selagi stok masih ada sahaja.

Anda boleh mula memiliki kad SIM ini pada harga RM1, dan terus mengaktifkan data 10GB berbanding harga RM15 biasa.

Beli kad SIM YES di Shopee