7-Eleven Malaysia mengumumkan kad hadiah (gift cards) permainan atas talian Roblox kini boleh didapati di kedai 7-Eleven di seluruh negara.

Baca juga – Permainan Simulasi Garena Fantasy Town Tiba Di Malaysia

Peminat Roblox Malaysia kini boleh dapatkan kad hadiah tambah nilai RM50 dan RM125. Dengan tambah nilai ini, pemain boleh melanggan Roblox Premium atau membeli Robux, mata wang virtual dalam permainan tersebut.

Roblox merupakan platform permainan atas talian yang membawa pemain global mencipta dan bermain pelbagai permainan secara komuniti.

Dengan populariti permainan ini yang semakin meluas, Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee berkata pengenalan produk ini adalah untuk memenuhi keperluan semua pengguna terutama generasi milenial.

Kunjungi kedai 7-Eleven berdekatan untuk dapatkan pelbagai lagi kad hadiah menarik selain Roblox seperti Netflix, PlayStation®Plus, dan Google Play.

Baca juga – Conor McGregor Dijadikan Watak Utama Dalam Permainan Mudah Alih

Sumber: 7-Eleven Malaysia