Sebelum ini, Apple telah dilaporkan akan menyertakan kabel dari jenisĀ braided untuk barisan telefon pintar generasi terbaharu, iPhone 12. Terbaru, Apple hadir dengan penawaran kabel Thunderbolt 3 Pro dalam pasaran Malaysia.
Berbanding kebiasaan, kabel Thunderbolt 3 Pro ditawarkan dengan pilihan warna hitam berukuran 2 meter. Ia tampil dengan kabel dari jenis braidedĀ yang lebih tahan lasak dan tidak mudah bergulung. Sama seperti kabel Thunderbolt 3 berukuran 0.8 meter, ia turut menyokong pemindahan data sehingga 40Gb/s serta pengecasan sehingga 100W dan DisplayPort (HBR3).
Kabel ini boleh digunakan bagi sambungan Mac dengan Thunderbolt 3 (USB-C) ke peranti Thunderbolt 3 seperti Pro Display XDR, pemacu storan dan sebagainya.
Ditawarkan pada harga RM649, Apple Thunderbolt 3 Pro telah tersedia melalui Apple Malaysia. Untuk pembelian, layari pautan ini.