Menurut data yang direkodkan oleh Malaysia Internet Exchange (MyIX), trafik internet di Malaysia mencatatkan lebih daripada 1 Terabit sesat ((Tbps) pada bulan Jun ini.

Jumlah itu adalah hampir 2 kali ganda daripada yang direkodkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan pertam (PKP 1.0) dilaksanakan tahun lalu.

Berikutan itu, pihak MyIX telah menambah bilangan nod kepada 7 nod iaitu suis satelit di seluruh Malaysia bagi menampung permintaan internet yang dijangka akan terus meningkat pada tahun ini.

4 daripada 7 nod itu terletak di Cyberjaya. Manakala 3 lagi masing-masing terletak di Kuala Lumpur, Iskandar Puteri (Johor) dan Kuching (Sarawak).

MyIX juga bekerjasama dengan beberapa operator telekomunikasi bagi menambah lebih banyak port di MyIX untuk mengurangkan kesesakan trafik internet.

MyIX adalah Persatuan Pengendali Internet Malaysia iaitu inisiatif di bawah Suruhanjaya komunikasi Dan multimedia (SKMM) yang dilancarkan pada 15 Disember 2016 dahulu.

Sumber: Bernama