Jika anda merasakan memainkan permainan di konsol Play Station 5 pada kadar bingkai 60fps sudah cukup mengkagumkan, apa kata anda mainkan judul permainan kegemaran anda di PS5 pada kadar bingkai 120fps.

Walaubagaimanapun tidak semua judul permainan untuk PS5 menyokong tetapan pada kadar bingkai tertinggi itu.

Jadi di sini disenaraikan judul permainan untuk konsol PS5 yang boleh dimainkan pada kadar bingkai 120fps:-

  1. Call of Duty: Black Ops Cold War (menyokong 120fps pada tetapan resolusi rendah)
  2. Destiny 2 (menyokong 120fps pada tetapan resolusi rendah)
  3. Devil May Cry 5: Special Edition (menyokong 120fps pada tetapan resolusi 1080p)
  4. Dirt 5 (menyokong 120fps pada tetapan resolusi rendah)
  5. Fortnite (menyokong 120fps pada tetapan resolusi rendah)
  6. Monster Boy And The Cursed Kingdom (menyokong 120fps pada tetapan resolusi paparan 4K)
  7. Rainbow Six Siege (menyokong 120fps pada tetapan resolusi rendah)
  8. The Nioh Collection (menyokong 120fps pada Februari 2021)
  9. WRC 9 (menyokong 120fps dalam mod ‘Performance Mode’)

Untuk memainkan judul-judul permainan itu pada kadar 120fps pula, pastikan anda menggunakan paparan yang menyokong tetapan tersebut seperti tv berprestasi tinggi 4K dan 8K.

TV itu juga mestilah dilengkapi dengan sambungan HDMI 2.1 untuk disambungkan dengan kabel yang dibekalkan bersama PS5 anda.

Sumber: Geek Culture